YOUTUBE minggu ini mula memperkenalkan ciri baharu Jump Ahead kepada semua pengguna YouTube Premium di Amerika Syarikat menurut laporan 9to5Google.

Jump Ahead yang telah diuji sejak beberapa bulan yang lalu membolehkan penonton terus melangkau ke bahagian yang menarik di dalam video mengikut pola tontonan pengguna yang lain.

Jika anda ingat YouTube perkenal graf bahagian paling popular di video sejak 2022 dan ini ialah kali pertama sebuah butang khas diberikan untuk pergi terus ke bahagian-bahagian ini.

Ia sama seperti butang Skip Intro yang digunakan di Netflix dengan ia diletakkan pada bucu bawah kanan tingkap video.

Seperti kesemua ciri baharu yang diperkenalkan oleh YouTube sejak kebelakangan ini, Jump Ahead juga dikuasai oleh sistem kecerdasan buatan (AI).

Sebagai penghasil kandungan ciri ini mungkin akan memendekkan waktu tontonan video.

Sebagai pengguna pula ia ciri menarik yang membolehkan kita pergi ke bahagian menarik tanpa menghabiskan data menonton bahagian yang bosan. -Amanz